Orang kita memang sensitif…Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim baru-baru ini, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi.
Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi sudah seperti laki bini.
Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing atau babi, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV.
Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan selamat hari raya dicetak terbalik dalam tulisan jawi, baru sedar selama ini Al-Quran yang dicetak betul hanya hiasan almari.Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat nampak body, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini.
off an original update;
Surau tidak dihina kerana dimasuki orang bukan Islam, surau lebih tercemar kerana sunyi tidak dikunjungi oleh orang Islam. Andai sekadar satu saf jemaah yang hadir waktu solat di surau sesebuah kawasan perumahan yang majoritinya ribuan muslim, tidakkah ianya juga boleh dianggap menghina sindir surau. Sensitiflah secara bertempat, perihatinlah dengan bermaklumat"
Dari Ustaz Mohd Erfino Johari
much to learn from this.
No comments:
Post a Comment